KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang bernilai puluhan juta ringgit.
Pembekuan akaun itu susulan siasatan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lalu.
Menurut sumber, sebelum ini SPRM turut menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan yang berusia 70-an terbabit serta merampas dokumen berkaitan kewangan yang dipercayai boleh membantu siasatan.
Sumber memberitahu, SPRM juga telah merakam keterangan saksi-saksi penting yang terdiri daripada agensi kerajaan terlibat dan individu-individu daripada syarikat yang mendapat perolehan membekal serta menguruskan kenderaan Kerajaan Malaysia.
“Lebih 100 akaun persendirian dan syarikat bernilai jutaan ringgit yang berada di bawah kawalan Tan Sri berkenaan telah dianalisis bagi melihat trend pemindahan wang kepada individu tertentu.
“Daripada jumlah tersebut, SPRM telah membekukan beberapa akaun yang jumlahnya dianggarkan puluhan juta ringgit,” kata sumber tersebut.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Astro Awani
Wed Jan 31 2024
Pembekuan akaun itu susulan siasatan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lalu. - Gambar hiasan
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.